TENTANG KAMI

Brainworks Academy Coaching merupakan perkhidmatan yang menyediakan pendekatan-pendekatan yang berkesan buat para pelajar sekolah yang ingin memperbaiki gred-gred mata pelajaran mereka. Mula berkhidmat pada Mei 2016 di Bukit Baru, Melaka, kini kami mempunyai lima cawangan seluruh Malaysia dan masih berkembang. Program-program akademik kami juga telah membantu ramai pelajar dalam mencapai hasrat untuk menerima keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan besar mahupun di sekolah.

Kaedah-kaedah yang terbukti dapat membantu pelajar mencapai peningkatan skor dalam masa yang singkat ini telah dirancang secara teliti oleh pakar-pakar akademik dan guru-guru cemerlang bagi memastikan tidak ada seorang pelajar pun yang tertinggal dalam menambah baik kefahaman mereka terhadap mata-mata pelajaran yang sukar.

Selain daripada kelas-kelas seperti “One-to-One Coaching”, “Ulangkaji Ekspress” dan “Skor Penalti”, kami juga menyediakan program intensif tahunan yang diadakan pada setiap tahun dengan menjemput ikon-ikon pelajar cemerlang Malaysia untuk memberi bimbingan, tip-tip dan berkongsi formula-formula yang berkesan kepada para peserta.

Di Brainworks Academy Coaching, kami sentiasa komited dalam mencipta impak yang tinggi terhadap keputusan-keputusan pelajar kami serta memastikan mereka dilengkapi dengan strategi kecemerlangan yang PALING BERKESAN ABAD INI!

5 CAWANGAN DI SELURUH MALAYSIA

  1. Bukit Baru, Melaka
  2. Gombak, Kuala Lumpur
  3. Cheng, Melaka (renovation in progress)
  4. Venice, Perak
  5. Lumut, Perak